Malaysia - Malay
ROTOVILL, rakan kerjasama eksklusif AUX di Hungary, mula menjual produk AUX mulai tahun 2021 dan berjaya mengangkat AUX sebagi jenama terbesar dalam pasaran penyaman udara di Hungary. Pada tahun 2023, ROTOVILL telah menyaksikan pertumbuhan tiga kali ganda dalam tempoh dua tahun, dan pencapaian ini ialah pertumbuhan terpantas yang ditunjukkan oleh sebuah syarikat kelengkapan rumah di Hungary. Kejayaan ROTOVILL adalah hasil daripada strategi jualan yang hebat dan kempen pemasaran yang mengagumkan.
Titik permulaan kejayaan ROTOVILL bermula dengan meletakkan jenamanya secara strategik di pasaran. Pemilihan produk dan perletakan jenama yang strategik adalah dua perkara yang saling berkaitan. Selepas menjalankan analisis pasaran, ROTOVILL menyasarkan pelanggan perniagaan termasuklah kerajaan, sekolah, syarikat-syarikat dan sebagainya. Untuk memenuhi keperluan kumpulan pelanggan ini, ROTOVILL menawarkan pilihan model-model mewah untuk mereka, seperti model-model pemanasan tinggi yang cekap tenaga di bawah Siri Q dan J.
Suatu isu besar yang dihadapi oleh ROTOVILL ialah model-model mewah ini adalah berkos tinggi, dan penetapan harga yang lebih tinggi boleh mengakibatkan kekurangan daya saing. ROTOVILL menyelesaikan isu ini melalui pengawalan harga pasaran secara bijak.
Selepas produk dipilih, cabaran seterusnya yang dihadapi adalah untuk menjual produk tersebut. Namun begitu, hal ini tidak menjadi suatu masalah kepada ROTOVILL. Dengan mengguna pakai teknologi Internet, ROTOVILL telah membina sebuah rangkaian jualan yang sempurna, dan para pelanggan boleh mengakses platform beli-belah dalam talian dengan mudah. Apabila pelanggan membuka Facebook dan Instagram, mahupun Peta Google, mereka dapat mencari pautan ke platform rasmi dengan mudah, dan strategi ini melancarkan lagi pengalaman pembelian dalam talian mereka. Di samping itu, polisi penghantaran ROTOVILL bersifat sangat kompetitif. ROTOVILL menjamin penghantaran penyaman udara di mana-mana lokasi di Hungary dalam tempoh 2 hari bekerja sahaja.
Produk yang tepat dan strategi kompetitif hanyalah asas untuk membuka pasaran, kerana kepercayaan pelanggan adalah suatu faktor penting untuk mempelopori pasaran. Salah satu cara untuk melakukannya adalah melalui kempen pemasaran, iaitu salah satu faktor penyumbang kejayaan ROTOVILL.
KETUA PEGAWAI PEMASARAN ROTOVILL DALAM SUATU PROGRAM TV
ROTOVILL sentiasa menekankan kepentingan kempen pemasaran, terutamanya yang ditujukan kepada pelanggan individu. Untuk mendapatkan pengiktirafan pelanggan individu, ROTOVILL bukan sahaja melaksanakan kempen besar-besaran dengan mengiklankan produk mereka di kawasan tumpuan orang ramai, malah melaksanakan kempen promosi melalui sumber media juga. Kebanyakan iklan-iklan ROTOVILL boleh dijumpai di atas bas, stesen kereta bawah tanah, lebuh raya, lapangan terbang, pusat membeli-belah, pawagam, dan mercu tanda utama di Budapest. Di samping itu, ROTOVILL juga telah menetapkan matriks media sosialnya tersendiri dan menjalin pelbagai kolaborasi bersama selebriti terkenal Hungary untuk mempromosikan jenama AUX. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif ROTOVILL sendiri muncul dalam rancangan bual bicara TV untuk mempromosikan produk AUX.
ROTOVILL bukan sahaja memasarkan penyaman udara AUX untuk kegunaan peribadi penduduk Hungary malah dalam acara-acara besar yang dianjurkan di Hungary. Pada tahun 2023, ROTOVILL memperkenalkan AUX di Festival Cahaya Zsolnay iaitu festival cahaya terbesar di Eropah Tengah yang ditaja oleh ROTOVILL, yang menarik lebih daripada 100,000 pelawat dan membantu untuk meluaskan lagi usaha mempromosi produk ROTOVILL dan AUX. Di samping itu, ROTOVILL juga menaja perlawanan bola sepak Hungary dan langkah ini mengukuhkan lagi pengaruh AUX di Hungary.
AKTIVITI PEMBINAAN PASUKAN DI MEXICO
Walau bagaimanapun, sukar untuk ROTOVILL menguasai pasaran Hungary dengan strategi-strategi pemasarannya sendiri. Oleh itu ROTOVILL memerlukan kerjasama penuh semua wakil jualannya dan kerjasama ini amat penting untuk menjamin kejayaan ROTOVILL. Dalam usaha mereka untuk menjalin hubungan yang lebih rapat, memupuk keyakinan, dan menggalakkan kerjasama jangka panjang, ROTOVILL bukan sahaja mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar teknikal yang mempamerkan kelebihan teknologi AUX kepada wakil-wakil jualannya, malah menjemput wakil-wakil ini untuk sama-sama meraikan ulang tahun ROTOVILL ke-30. Selain itu, ROTOVILL menaja lawatan ke Mexico sebagai ganjaran untuk wakil-wakil jualan yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Secara keseluruhan, kejayaan ROTOVILL ialah hasil daripada strategi jualan yang cekap dan kempen pemasaran yang mengagumkan. Penerangan di atas menunjukkan usaha-usaha dan dedikasi ROTOVILL untuk mempamerkan namanya sebagai suatu jenama. Segala usaha yang dicurahkan oleh ROTOVILL ternyata tidak sia-sia. Bak kata pepatah, “usaha lebih, untung lebih.”