Penyaman Udara AUX: Masuk Secara Kukuh ke dalam Pasaran Malaysia

16 Jul 2025

Diterbitkan oleh Malaysiakini


 

Penyaman udara AUX mungkin baharu dalam pasaran penyaman udara di Malaysia, tetapi ia menghasilkan produk penyaman udara yang amat bermutu dengan teknologi terkini. Dikenali dengan operasi yang senyap dan pengurusan tenaga yang cekap, jenama ini telah mencapai matlamatnya di Malaysia setelah masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2024.


Ditubuhkan pada tahun 1986, Kumpulan AUX bermula sebagai sebuah kilang kecil dengan 7 orang pekerja. Kini, ia telah berkembang sebagai sebuah konglomerat dengan lebih 40,000 pekerja, merangkumi lima industri utama - penyaman udara, penggunaan tenaga, pengagihan kuasa, tenaga baharu dan perkhidmatan perubatan. Dengan 14 pangkalan pengeluaran dan 6 pusat penyelidikan serta pembangunan di seluruh dunia, termasuk satu di Jepun, AUX beroperasi di 140 buah negara dan wilayah, mendapat pengiktirafan yang meluas daripada rakan kongsi global dan mengekalkan pertumbuhan jualan yang konsisten.


“Pasaran penyaman udara di Malaysia sangat matang, terdapat banyak jenama penyaman udara bersaing untuk mendapatkan bahagian pasaran yang sentiasa berkembang. Pasaran ini sangat kompetitif, tetapi kami percaya bahawa kami dapat memperoleh lebih banyak bahagian pasaran melalui polisi ‘pelanggan diutamakan’.” kata David Ma, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AUX Cloud Commerce (Malaysia) Sdn Bhd, dalam Persidangan Pengedar Seluruh Negara pertama AUX yang diadakan di Bandar Sungai Long, Selangor pada 15 Mac 2025.


Ma menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa mereka ingin terus meningkatkan perkhidmatan pelanggan mereka, meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dan mendengar maklum balas mereka supaya mereka dapat terus menghasilkan produk yang lebih baik.


Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan komitmen kukuh AUX terhadap kepuasan pelanggan melalui polisi perkhidmatan selepas jualan di Malaysia, yang dikenali sebagai Polisi Jaminan “3/4/5”. Polisi ini merangkumi penyaman udara jenis dipasang di dinding untuk kediaman serta unit kaset siling untuk kegunaan komersial ringan. Pelanggan akan menikmati jaminan selama 3 tahun untuk keseluruhan unit, 4 tahun untuk Papan Litar Bercetak (PCB) dan 5 tahun untuk pemampat, termasuk kos buruh, bahan penyejuk dan kos perkhidmatan di lokasi pelanggan.


 

Untuk menyediakan produk penyaman udara berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan pengguna di Malaysia, AUX telah menjalankan penyelidikan pasaran yang menyeluruh serta lawatan kepada pelanggan. Hasil daripada usaha ini, AUX telah melancarkan unit penyaman udara inverter siri C pada tahun 2024, yang direka khas untuk disesuaikan dengan iklim Malaysia. Unit ini menampilkan prestasi penyejukan yang kuat, penggunaan tenaga yang rendah, operasi yang senyap, keselesaan optimum, ketahanan tinggi serta kemudahan dari segi pemasangan dan penyelenggaraan.


Pada separuh kedua tahun 2024, AUX Malaysia memperkenalkan unit penyaman udara jenis pasang dinding siri M, yang turut menggunakan teknologi inverter. Model siri M ini telah menerima rating kecekapan tenaga 5 bintang, sekali gus membantu mengurangkan kos elektrik secara signifikan. Siri M juga dilengkkapi dengan fungsi Pensterilan UVC, yang memancarkan cahaya UV-C bagi menyingkirkan bakteria, virus dan kulat dalam aliran udara, seterusnya meningkatkan kualiti udara dalaman dan mengurangkan risiko jangkitan bawaan udara serta alergen. Penyaman udara siri M turut menyokong Kawalan Pintar Wi-Fi, membolehkan pengguna mengendalikannya dari jarak jauh melalui telefon pintar.


Unit penyaman udara kediaman ini menawarkan gabungan kemewahan dan harga yang berpatutan, bergantung kepada tahap penyesuaian yang dipilih oleh pengguna.

Selain itu, AUX telah mempermudahkan proses pemasangan dengan memasukkan aras gelembung terbina dalam bagi memastikan ketepatan semasa pemasangan, serta menggunakan kurungan pemasangan yang diperkukuh untuk memudahkan kerja pemasangan dan penyelenggaraan.


 

Di samping itu, AUX turut menawarkan unit komersial ringan yang direka khas untuk kawasan komersial seperti bangunan pejabat, serta unit tugas berat untuk penyejukan kawasan perindustrian seperti hotel, lapangan terbang dan kilang. Unit-unit ini menggunakan teknologi Vary Refrigerant Flow (VRF) yang canggih untuk memberikan penyejukan suhu secara cekap dan konsisten.


Kesemua unit penyaman udara AUX dilengkapi dengan teknologi Golden Fins, iaitu salutan emas ani-kakisan yang direka untuk memberikan ketahanan yang lebih tinggi terhadap udara masin, hujan dan unsur kakisan yang lain. Ciri ini meningkatkan ketahanan dan jangka hayat unit, terutamanya dalam persekitaran pantai Malaysia yang panas dan lembap.


David turut menyatakan bahawa pihaknya merancang untuk mengintegrasikan elemen Kecerdasan Buatan (AI) ke dalam unit penyaman udara AUX pada masa hadapan.


“Kami sudah pun mempunyai penyaman udara dengan kawalan suara pintar. Tidak lama lagi, kami mungkin mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan pengkomputeran awan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengautomasi sistem penyaman udara kami supaya ia dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan secara lebih pintar,” kata beliau.

 

Beliau menambah bahawa AUX Malaysia akan mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran penyaman udara tempatan pada tahun 2025 dengan meningkatkan pelaburan pemasaran untuk menyokong aktiviti promosi, pameran, latihan juruteknik, promosi di kedai serta pengiklanan dalam talian, sekali gus mempertingkatkan kesedaran jenama dan pengaruh pasaran.

Kongsi ke:
icon
Thank you for your subscription Terima kasih atas langganan anda
Anda akan menerima e - mel peng esa han di peti mel anda , sila sem ak nya . Anda boleh berhenti mel anggan surat berita pada bila - bila masa .
Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai Das ar Pri vasi ini atau ingin menghubungi kami atas apa - apa sebab berkaitan dengan pem proses an data peribadi kami , sila hubungi kami melalui pos ke business_my@auxair.com
We are sorry for your departure Kami minta maaf atas kepergian anda
We sincerely hope that you will continue to subscribe and follow the latest developments on your aux.
Kami amat berharap anda akan terus mel anggan dan mengikuti perkembangan terkini di aux anda .